Catatan Popular...^_`

Translate To Understand...^_^

Isnin, 6 Disember 2010

:: Ucapan Salam Yang Di Syorkan Oleh Rasullulah S.A.W....^^


Rasullulah SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan Baginda menjawap salam dari para sahabat Baginda dengan salam yang lengkap iaitu ringkasnya, Baginda SAW memberi salam dengan ucapan -

“Assalamualaikum”

dan Baginda SAW menjawap salam -

“Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Perlu diingatkan sesama kita bahawa menjawap salam haruslah dengan ucapan salam yang tepat.

Hari ini, terdapat ramai sangat yang tidak menjawap salam dengan tepat atau sempurna bunyinya.

Contoh pengucapan salam yang salah ialah "semekom" yang dipopularkan oleh seorang pelawak terkenal Malaysia (tidak perlu disebutkan nama).

Andaikata jika ada ahli2@warga Perkongsian Ilmu Menuju Ke Alam Akhirat yang rapat dengan aktor diatas, nasihatkanlah dia.

Barangkali dia tidak menyedarinya.

Barangkali dia tidak terfikir pun akan dosa@akibat yang dia bakal tanggung apabila pengucapan salam yang dipopularkan itu menjadi ikutan remaja.

Jawap salam yang betul ialah ;

“WAALAI KUMUS SALAM”


dan bukannya yang selalu kita dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata;

“Kirim salam, assalamualaikum pada ZIZAH ye” (sebagai contoh)

Dan bukannya :

“Kirim salam kat ZIZAH yer”

Jangan pula kita sewenang - wenangnya menambah perkataan seperti :

"Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Walaupun ianya dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan hukumnya berdosa!

Selain daripada itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms, email atau apa jua sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita menggantikannya dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud dan pengertian yang sama dengan “Assalamualaikum”.

Bersamalah kita menyebarkan perkara ini dan memberitahu rakan - rakan yang lain, yang selalu sangat mengunakan ringkasan@shortform “A’kum” dalam sms ataupun email.

Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran orang-orang Yahudi kepada orang-orang yang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Oleh itu, mulai sekarang andaikata terdapat rakan - rakan anda atau ada orang lain menghantar shortform “A’kum“ kepada anda, ingatkan mereka mengunakan “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

Semoga bermanfaat.


"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain.

***Sumber Dari : FB Perkongsian Ilmu Menuju Ke Alam Akhirat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan