Catatan Popular...^_`

Translate To Understand...^_^

Rabu, 1 Disember 2010

:: AKU & SAHABAT...^_~



Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...

Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat

Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas

Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal

Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan

Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista

Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu

Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan


Ya Allah...

Sekiranya sahabat2 ku ini adalah pilihan Mu di Arash

Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya

Sekiranya sahabat2 ku ini adalah sahabat2 yang akan membimbing tanganku dititianMu

Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya

Sekiranya sahabar2 ku ini adalah bidadari untuk ku di Jannah Mu Limpahkanlah aku dengan sifat terbuka dan tawaduk akan segala ilmu yg dicurahkan

Sekiranya sahabat2 ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya Sekiranya.. sahabat2 ku ini sahabat yang dirahmati oleh Mu maka Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...

Sekiranya sahabat2 ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang

Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu

Sekiranya sahabat2 ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..

Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..

Sekiranya sahabat2 ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan.. Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya Sekiranya sahabat2 ku menyintai kesesatan

Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena


Ya Allah...


Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku

Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..

Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai

Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai hamba

Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu

Sekiranya aku engkar dan derhaka

Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu


Ya Allah...


sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..

Aku buta tanpa bimbinganMu..

Aku cacat tanpa hidayahMu..

Aku hina tanpa RahmatMu..


Ya Allah...


Kuatkan hati dan semangatku

Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu

Jadikanlah aku yang disenangi sahabat2

Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu

Bimbinglah aku menjadi hamba yg soleh

Hanya padaMu


Ya Allah...

Ku pohon segala harapan

Kerana aku pasrah dengan dugaanMu

Kerana aku sedar hinanya aku

Kerana aku insan lemah yang kerap keliru

Kerana aku leka dengan keindahan duniamu

Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu

Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu


Ya Allah Ya Tuhanku...

Aku hanya ingin menjadi SAHABAT yang dirahmati SAHABAT yang dikasihi SAHABAT yang soleh SAHABAT yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan