Catatan Popular...^_`

Translate To Understand...^_^

Rabu, 24 November 2010

Mandi Wajib


Berkongsi sedikit ilmu dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul

Mandi wajib merupakan perkataan yg mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanah air kita yg tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yg betul,sesorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air keseluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahgian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM), Uztaz Hj Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di pejabat agama islam gombak timur dan penceramah, didapati banyak umat islam yg tidak mengetahuiperkara ini. "Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruhan anggota badan yg zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itu lah akibatnya jikatidak melakukan mandi wajib dengan betul," tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di taman sri keramat Kuala Lumpur.

Mandi wajib yangg juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3:-
Pertama, niat.
Kedua, menghilangkan najis dibadan.
Ketiga,meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Niat mandi wajib:-
"Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala."

Atau

" Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala."


Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai kemana-mana bahagian anggota badan.

Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah:-
" Sahaja aku menggangkat hadas haid kerana Allah Taala."

Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah:-
"Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala".

"Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibny tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah." Jelasnya lagi..

Mengenai rukun mandi wajib yg ke-2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut uztaz Hj Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis dibadan, najis itu boleh dibasuh serentak dengnn mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

"Sementara rukun mandi wajib yg ke-3, iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan,sama ada bulu-bulu yang jarang atau lebat. "Jika rambut seseorg itu ditocang atau disanggul,sekiranya tak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajib la dibuka. Bulu-bulu dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu-bulu di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

"Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yang boleh meng halang sampaiair ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi".

"Tentang rambut yang diwarnakan pula selain inai, ini lah yg merumitnya.Sebenernya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah.

"Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..ini lah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

"Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut."

"Tapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah?.. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yang berbeza.

"Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yangg serius oleh umat islam.

Mengenai sebab-sebab seseorang itu wajib mandi wajib pula, ustaz Hj Mat Jais menegaskan, sebab-sebabnya terdiri daripada 6 sebab.

3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana:-
Bersetubuh walaupun tidak keluar air mani,
Keluar air mani,
Mati.


Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja iaitu:-
Keluar darah haid,
Nifas,
Melahirkan anak(wiladah)

"Mandi wajib boleh dilakukan dimana-mana dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.

"Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu maalm, jika tidak mahu mandi wajib, seelok-eloknya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh."


"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain.


***Sumber Dari : http://izanmann.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan