Catatan Popular...^_`
-
Kita telah ketahui bersama bahawa waktu pagi adalah waktu yang penuh barakah dan di antara waktu yang kita diperintahkan untuk memanfaatkann...
-
Untuk dikongsi bersama..... ....... 1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu ken...
-
Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima p...
-
Bolehkan orang Islam mengucapkan Selamat Hari Raya orang bukan Islam ? Setelah meneliti tulisan Prof. Dr Abdul Hayei bin Abdul Sukor pensyar...
-
Bagaimanakah aurat seseorang wanita muslimah itu di hadapan ipar-duainya yang berlainan jantina . Maka jawapannya ialah : Wanita itu TIDAK D...
-
Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau mening...
-
Assalamualaikum wbth... Pernahkah anda semua terfikir mengenai natijah bermain permainan di facebook? Apakah muslihat mereka untuk memesongk...
-
Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong be...
-
3 tanda...(mukmin,alim,takwa,jujur, dan ahli ibadah) Bagi orang mukmin ada 3 tanda-tandanya 1. Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia ...
-
بِسْمِ اللهِ الرََّحْمَنِ الرَّحِيْمِ Amalan-amalan sunah pada bulan Ramadhan Selain puasa yang Allah wajibkan pada bulan Ramadhan ada berba...
Translate To Understand...^_^
Khamis, 4 November 2010
Azan Dilaungkan setiap saat didunia....^^
Ketahuilah bahawa setiap waktu, ribuan bilal di serata dunia akan melaungkan azan, mengakui "BAHAWA ALLAH SAHAJA YANG PATUT DISEMBAH, dan Nabi Muhammad adalah pesuruh ALLAH".
Dimulakan dengan INDONESIA yang terletak dibahagian Timur dengan ratusan kepulauannya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta. Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal akan melaungkan keagungan ALLAH SWT dan Nabi Muhammad SAW. Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 Jam.
Belum pun laungan Azan di merata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia.
Berikutnya di Burma dan dalam masa 1 jam selepas Azan dilaungkan di Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh. Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar di barat India.
Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit, jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang diseluruh pakistan. Belum berakhir di Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat. Perbezaan waktu diantara Muscat dan Baghdad adalah 1 jam. Dalam jangka masa ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq.
Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai Timur Atlantik. Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai Timur atlantik adalah 9-1/2 Jam.
Belum pun Azan Subuh berkumandang ke pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di indonesia, Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.
Subhanallah, begitu hebat dan agungnya ISLAM....!!!!
Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power habis *_*), akan bergegar lar satu dunia dengan laungan Azan tidak putus-putus.
Allahu Akhbar....!
* Kalau rajin..Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati...^_~
Sumber Dari: Kawan Tagged
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan