Catatan Popular...^_`

Translate To Understand...^_^

Rabu, 24 November 2010

:: Awas Bila Makan Di LUAR...^^


Salam serta selawat ke atas Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam, ahli keluarga baginda serta salam kepada para sahabat yang berjuang menegakkan Islam di muka bumi ini. Merujuk kepada pertanyaan saudara marilah kita renungkan beberapa ayat dari Al-Quran:
"Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu." (Al Baqarah:168)

Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman. (Al Maidah: 88)

Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata. (An Nahl:114)

Dan janganlah kamu makan dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya, kerana sesungguhnya yang sedemikian itu adalah perbuatan fasik (berdosa); dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu membisikkan kepada pengikut-pengikutnya, supaya mereka membantah (menghasut) kamu; dan jika kamu menurut hasutan mereka (untuk menghalalkan yang haram itu), sesungguhnya kamu tetap menjadi orang-orang musyrik. (Al An'aam:121)

Daripada ayat di atas apakah yang dimaksudkan Halalan Thoyyiba / Halal Lagi Baik..?

Halalan Thoyyiba / Halal Lagi Baik menjurus kepada persediaannya yang halal serta memenuhi adab-adab dan ciri-ciri sebagai umat Islam yang taat dan patuh kepada hukum syara'. Di sinilah ada kelebihan dan kekuatan kepada umat Islam dalam mentadbir atau menguruskan perihal yang dimaksudkan 'Halalan Thoyyiba / Halal Lagi Baik'.

Ini kerana Umat Islam (yang berilmu/beriman/ beramal mengikut hukum syara') menguasai sepenuhnya perihal ini kerana kita memahami istilah dan bezanya halal - haram serta memeliharanya atas dasar iman & taqwa kepada Allah Subhanahu Wata'ala. Sedangkan kaum kafirin hanya mengetahui istilah halal dan haram tetapi bagi mereka itu hanyalah satu prosedur untuk mendapatkan tarif dan sijil 'halal' menjual produk mereka demi keuntungan semata-mata. Dan mereka akan lebih menjual logo dan sijil halal lebih daripada produk mereka sendiri..

Seperti ayat 121 surah Al An'aam menyatakan bahawa mereka (kaum kafirin) akan menghasut demi kepentingan mereka.

Usaha JAKIM dalam meletakkan garis panduan HALAL di bawah ISO 1500:2004 amat dihargai. Pun begitu ia cuma salah satu daripada langkah menyediakan garis panduan produk halal. Dan sehingga hari ini kita masih mendapat khabar berita mengenai produk-produk yang melanggar batas halal tersebut selepas memiliki sijil halal.

Akibatnya kita sebagai pengguna diperdaya dan sering diperguna. Kita sebagai umat Islam wajib tidak ketinggalan ilmu mengenai perkembangan semasa dunia. Gunakan kuasa sebagai pengguna Islam agar hak kita terpelihara. .

Ramadhan ini juga kebiasaannya orang kita rajin pergi berbuka di hotel, bar atau grill yang mana cuma pelayannya sahaja berwajah Melayu dan nama Melayu Islam akan tetapi tukang masak, tukang penyedia makanan di dapur adalah tukang karut semata yang kononnya makanan yang mereka sediakan adalah halal.

Bagaimana halnya jika apa yang mereka sediakan itu hanya halal pada fahaman mereka sahaja bukan menurut syara'?

Contohnya:-
ayam atau daging dalam masakan telahpun disembelih menurut hukum syara' akan tetapi penyedia makanan tersebut, membela anjing dan menyentuhnya, juga memakan daging khinzir..

Tangan tersebut jugalah yang memegang, menggaul dan memasak bahan-bahan halal tersebut. Bagaimana pula jika bahan-bahan halal tersebut diletakkan di dalam satu peti ais? Di masak pula di dalam kuali atau periuk yang telahpun digunakan memasak bahan-bahan haram walaupun tidak bercampur secara langsung..?

Hari ini terbit produk keluaran Carlsberg yakni beer tanpa alkohol dan akan datang air mineral keluaran mereka. Sedangkan nyata pengurusannya memaklumkan bahawa ia dikeluarkan oleh kilang yang sama menghasilkan minuman beralkohol..

Bagaimana pula produk yang statusnya halal akan tetapi dengan secara langsung dan jelas memberi keuntungan kepada pembinaan berhala seperti tokong, kuil juga ada yang disalurkan kepada kuasa pengganas seperti Israel yang menggunakan keuntungan yang diperolehi dengan membunuh sewenang-wenangnya umat Islam dan meruntuhkan masjid-masjid di Palestine..? Inilah sewajibnya dijauhi..

Sabda Rasulullah Sallahu 'Alaihi Wasallam:

"Sesungguhnya yang Halal itu nyata, dan yang haram itu pun nyata, dan di antara kedua-duanya ada perkara-perkara yang kesamaran (syubhah), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Maka barangsiapa memelihara (dirinya dari) segala kesamaran (syubhah), sesungguhnya ia memelihara bagi agamanya dan kehormatannya. ." (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)

Jelas hadith di atas menyatakan ramai manusia yang mengetahui perkara yang syubhah ini. Termasuklah kita juga.. Apabila kita membuat keputusan untuk menjauhi diri dan meninggalkan perkara yang syubhah samada dalam keadaan tidak mengetahui atau was-was akan sesuatu perkara terebut, kita telahpun memelihara agama Islam dan kehormatan diri kita..

Syarikat-syarikat yang pernah memperdayakan hak kita sebagai pengguna Islam dengan menggunakan bahan-bahan haram dalam produk mereka sewajarnya tidak diberi kepercayaan lagi. Ini kerana mereka hanya mahukan keuntungan semata-mata bukan dalam memenuhi tanggungjawab menyediakan produk yang halal kepada umat Islam.

Sebab itu 'Halalan Thoyyiba / Halal Lagi Baik itu amat tinggi dan dalam maksudnya yang perlu kita teliti sebaik mungkin. Sebaiknya perkara-perkara yang syubhah dan yang mendatangkan was-was serta yang menghampiri haram itu sebaiknya dijauhi..

Jika datang sahaja rasa was-was akan sesuatu produk itu, maka tinggalkanlah ia. Itu lebih baik buat diri kita andai kita mengetahuinya. .

Bagi kaum non-muslim, mereka mendapatkan logo halal kerana mahu pasarkan barangan mereka dan demi keuntungan semata. Tetapi kita umat Islam ada atau tidak logo halal itu, samada untuk meniaga, guna sendiri, atau jadi orang tengah, adalah tanggungjawab yang telah difardhukan ke atas kita untuk menyediakan barangan yang halal demi Allah swt, bukan demi keuntungan berniaga..

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain.


***Sumber Dari : http://izanmann.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan