Catatan Popular...^_`

Translate To Understand...^_^

Isnin, 8 November 2010

Aurat wanita islam dengan wanita bukan islam


Soalan:

Sekadar manakah aurat wanita Islam semasa bergaul dengan wanita bukan Islam?

Jawapan:

Dengan merujuk kepada pendapat-pendapat fuqaha’ didapati ada dua pendapat di dalam perkara ini:

Pertama:
Harus bagi wanita bukan Islam melihat anggota wanita Islam yang terdedah pada ghalibnya waktu menjalankan pekerjaan. Yang dikehendaki dengan anggota yang terdedah di waktu menjalankan pekerjaan itu ialah kepala, tengkuk/leher, lengan dan hujung betis (berhampiran buku lali) dan haram baginya melihat anggota-anggota lain dari yang tersebut.

Kedua:
Harus bagi wanita bukan Islam melihat aurat wanita Islam kecuali anggota di antara pusat dan lutut. Memandang kepada satu jenis sama seperti harusnya seseorang wanita Islam melihat anggota wanita Islam yang lain iaitu selain dari anggota di antara pusat dan lutut. Pendapat pertama adalah muktamad namun demikian melihat kepada keadaan pergaulan wanita yang berlainan agama begitu meluas di sekolah-sekolah, di pusat-pusat pengajian tinggi, di asrama-asrama, tempat bekerja awam dan swasta dan lain-lain.

Maka pendapat kedua itu ada kesesuaiannya dengan keadaan.
Rujuk nas Hasyiyah Qalyubi ‘ala Minhaj at-Talibin juzuk 3 halaman 211.


***‘SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT - Sabda Rasulullah SAW’

Sumber Dari: http://infad.usim.edu.my/modules.php?op=modload&name=News&file=index&catid=&top

Tiada ulasan:

Catat Ulasan