Catatan Popular...^_`
-
Kita telah ketahui bersama bahawa waktu pagi adalah waktu yang penuh barakah dan di antara waktu yang kita diperintahkan untuk memanfaatkann...
-
Untuk dikongsi bersama..... ....... 1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu ken...
-
Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima p...
-
Bolehkan orang Islam mengucapkan Selamat Hari Raya orang bukan Islam ? Setelah meneliti tulisan Prof. Dr Abdul Hayei bin Abdul Sukor pensyar...
-
Bagaimanakah aurat seseorang wanita muslimah itu di hadapan ipar-duainya yang berlainan jantina . Maka jawapannya ialah : Wanita itu TIDAK D...
-
Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau mening...
-
Assalamualaikum wbth... Pernahkah anda semua terfikir mengenai natijah bermain permainan di facebook? Apakah muslihat mereka untuk memesongk...
-
Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong be...
-
3 tanda...(mukmin,alim,takwa,jujur, dan ahli ibadah) Bagi orang mukmin ada 3 tanda-tandanya 1. Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia ...
-
بِسْمِ اللهِ الرََّحْمَنِ الرَّحِيْمِ Amalan-amalan sunah pada bulan Ramadhan Selain puasa yang Allah wajibkan pada bulan Ramadhan ada berba...
Translate To Understand...^_^
Jumaat, 20 Mei 2011
ULAMA 'MENJAGA JUBAH'...
KISAH IBN TAIMIYYAH, RAJA TATAR DAN ULAMA 'MENJAGA JUBAH'
IBN Taimiyyah (661-728H) atau dikenali dengan Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah merupakan cahaya indah yang menghiasi sejarah para ulama gemilang.
Satu ketika Ibn Taimiyyah bersama sejumlah ulama Damsyik pergi berjumpa Raja Tatar yang bernama Qazan. Raja Tatar tersebut mendakwa menganut Islam, tetapi melakukan penyelewengan dan kezaliman terhadap umat Islam. Ibnu Taimiyyah masuk untuk menasihatinya. Dengan nada tegas dan mesej yang jelas Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah menasihati Raja Qazan berkenaan.
Kata Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah kepada penterjemah Raja Qazan: “Beritahu Qazan, engkau mendakwa engkau muslim, aku dengar bersama engkau ramai ulama. Habis mengapa engkau memerangi negeri kami? Bapa dan datuk engkau Hulako dahulu adalah kafir, tetapi mereka tidak menyerang kami, sebaliknya membuat perjanjian. Adapun engkau berjanji tetapi mungkir, berkata tetapi tidak tunaikan.
Kemudian berlangsunglah dialog antara Ibn Taimiyyah dan Raja Qazan.
Selepas itu Raja Qazan menjamu yang hadir dengan hidangan. Kesemuanya makan dengan lazat. Namun Ibn Taimiyyah tidak mahu makan.
Lalu Raja Tatar bertanya: “Mengapa engkau tidak mahu makan?”
Jawab Ibn Taimiyyah: “Bagaimana aku hendak makan, kesemua ini adalah hasil rampasanmu ke atas harta orang ramai? Kamu pula memasaknya dengan menggunakan kayu yang kamu potong daripada pokok-pokok milik orang ramai!”.
Kata Raja Qazan: “Berdoalah untukku”.
Kata Ibn Taimiyyah: “Ya Allah, jika hambaMu ini seorang yang mulia, berperang untuk meninggikan kalimahMu, maka bantulah dia, kuatkan kerajaannya. Namun jika dia berperang kerana menunjuk-nunjuk, untuk mengangkat dirinya dan menghina Islam, maka ambillah tindakan terhadapnya”.
Ulama-ulama yang sedang makan dengan asyik hidangan Raja Tatar itu, masing-masing mengangkat jubah mereka.
Lalu Ibn Taimiyyah bertanya mereka: “Mengapa kamu semua mengangkat jubah?”
Jawab mereka: “Kami bimbang jika Raja memancung kepala engkau, nanti darah engkau akan terkena jubah kami”.
Apabila keluar dari majlis berkenaan mereka berkata kepada Ibn Taimiyyah: “Engkau telah membahayakan kami, kami tidak mahu bersama dengan engkau lagi”
Jawab: “Aku pun tidak mahu bersama kamu semua lagi”
(Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, 14/92, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).
_____________________________________________________________
Saya memetik cerita ini bagi menggambarkan kadangkala betapa ramai yang memakai gelaran agama seperti ulama, syeikh, mufti dan seumpamanya yang mementing jubah agar tidak kotor atau tercemar lebih daripada mementingkan tanggungjawab sebagai ilmuwan Islam untuk menegakkan kebenaran kerana Allah.
Jika Ibn Taimiyyah tidak makan kerana mengenangkan nilai makanan yang dijamu, sementara ramai ulama lain yang ‘sebat semacam’ dalam kegawatan pertarungan yang seperti itu, apakah ulama di zaman keresahan rakyat miskin disebabkan kenaikan harga barang, akan mencontohi sikap Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah, atau akan tiru macam ulama-ulama dalam majlis Qazan lalu mereka juga akan ‘sebat semacam’ jamuan mewah yang melampaui batas menggunakan harta rakyat?
Saya menulis tajuk ini bertujuan mengingatkan diri sendiri, bukan orang lain. Ia boleh dibaca sebagai iktibar.
Fikir-fikirkanlah...
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain.
***Sumber Dari : Dr. Mohd Asri - Bicara Buat Pemimpin Dan Rakyat
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan