Catatan Popular...^_`

Translate To Understand...^_^

Isnin, 29 November 2010

:: HARUS ATAU HARAM PERLABURAN ASN & ASB?


Hukum melabur duit di asb dan asn ada khilafnya. Sebabnya terdapat beberapa fatwa seperti Majlis Fatwa Perak dan juga Majlis Fatwa Sarawak ada menyatakan HARUS hukumnya.Dan pada masa yang sama ada juga pihak yang menyatakan HARAM iaitu Majlis Fatwa Selangor.Disamping itu pelaburan asn/asb tidak mematuhi piawaian Patuh Syariah yang ditetapkan oleh Majlis Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

PERHATIAN PENTING-
Perlu difahami dan dijelaskan disini yang menganggotai Majlis Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia adalah individu yang sememangnya specialist dan berpengalaman di dalam bidang muamalat dan kewangan Islam .

Mungkin juga anda akan berkata ada khilafnya jadi apa nak susah,ambil jelah mana-mana fatwa pun. Cuma kalau yang nak cermat tak yah la simpan kat asn/asb. Ya saya juga sependapat akan kenyataan itu,namun harus didetailkan lagi akan fahaman anda tersebut kerana saya sendiri pernah salah faham akan kenyataan seumpama itu.

ANDA WAJIB MEMBACA KEDUA-DUA KENYATAAN INI TERLEBIH DAHULU.

Kenyataan 1
Oleh Ustaz Zaharuddin
(Pakar Muamalat Islam)


Orang ramai adalah harus menyertai ASB dan ASN disebabkan majlis fatwa kebangsaan telah mengesahkan kehalalannya dan menanggung apa jua urusan berkaitannya di dunia dan akhirat. Ini adalah satu perkara biasa yang ditanggung oleh para ulama, sama juga seperti Majlis Penasihat Shariah yang ada di Institusi Kewangan Islam.

Kesannya, apabila telah wujud fatwa umum sebegitu, kini ia terpulang kepada masing-masing untuk membuat keputusan sendiri, ia sama seperti logo JAKIM. Siapa yang ingin bergantung kepadanya, adalah harus dan siapa yang ingin membuat kajian lanjut dan bersikap lebih berhati-hati, pandai-pandailah memilih yang lebih selamat. Itu saja.

Kenyataan 2:
Oleh Ustaz Zaharuddin:
Ini pula merupakan kenyataan terbaru beliau selepas mendapat maklumat dari Suruhanjaya Securiti Malaysia.


Anda mungkin berkata,

"SAYA TIDAK PEDULI, ASALKAN MAJLIS FATWA LULUSKAN, SAYA AKAN BERPEGANG DENGANNYA KERANA MEREKA YANG TANGGUNG DI AKHIRAT"

Ulasan saya, Allah swt memberikan kita aqal untuk memerhati dan meneliti pandangan kedua-dua badan besar ini setakat kemampuan yang ada, berfikirlah. Jika benar-benar setelah membaca hujjah kedua-dua pihak, lalu anda yakin dengan salah satu antaranya. Anda telah menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim yang baik. Namun jika, sambil malas dan ingin mengambil mudah, lalu terus berpegang dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan, tanpa mengendahkan hujah Majlis SYariah Suruhanjaya Sekuriti. Tatkala itu, individu tersebut tidak berada dalam situasi yang sepatutnya.

AKU FAHAM
Segala hujjah sebab keluar fatwa harus oleh Majlis Fatwa Perak dan Majlis Fatwa Sarawak serta sebab keluar fatwa haram oleh Majlis Fatwa Selangor ada disediakan di laman web beliau. Turut disediakan pula bukti asn dan asb tidak mematuhi piawaian "Patuh Syariah"yang ditetapkan oleh Majlis Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.Jadi adalah bersalah sekiranya kita mengambil jalan mudah dengan terus mengambil fatwa harus dek kerana nafsu keuntungan semata-mata.

Maka jalan yang paling terbaik adalah menyemak kembali dan meneliti kedua-dua fatwa tersebut kemudian barulah anda menilainya yang mana lebih masuk akal bagi anda.Jika anda cenderung untuk mengikut fatwa harus,itu merupakan usaha yang anda telah lakukan sebaik mungkin untuk mencari kebenaran disebalik perbezaan kedua-dua pendapat ini. Maka tiadalah salahnya lagi kerna pihak yang bertanggungjawab lah yang akan menanggung fatwa HARAM yang dikeluarkan itu di depan Allah kelak.

Namun persoalannya,bagi yang setuju dengan fatwa HARUS melabur duit di asn dan asb,sejauh manakah pula anda menilainya menggunakan akal disebalik kedua-dua perbezaan fatwa ini? Adakah anda memilih fatwa HARUS sebab untuk keuntungan diri anda semata-mata ataupun anda memilih fatwa HARUS kerana anda telah mempertimbangkan kedua-dua pendapat tersebut selepas membaca kedua-duanya hujjah HARUS dan HARAM tersebut. Dalam hal ini, pemilihan khilaf(perbezaan) biarlah pada kecenderungan akal berfikir dan bukannya pada kecenderungan nafsu bertindak.


p/s-
Dalam hal ini aku fikir mencegah lebih baik daripada menanggung sebarang kemungkinan diakhirat kelak.


"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain.


***Sumber Dari : Blog "AKU DAN SESUATU"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan