Catatan Popular...^_`
-
Kita telah ketahui bersama bahawa waktu pagi adalah waktu yang penuh barakah dan di antara waktu yang kita diperintahkan untuk memanfaatkann...
-
Untuk dikongsi bersama..... ....... 1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu ken...
-
Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima p...
-
Bolehkan orang Islam mengucapkan Selamat Hari Raya orang bukan Islam ? Setelah meneliti tulisan Prof. Dr Abdul Hayei bin Abdul Sukor pensyar...
-
Bagaimanakah aurat seseorang wanita muslimah itu di hadapan ipar-duainya yang berlainan jantina . Maka jawapannya ialah : Wanita itu TIDAK D...
-
Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau mening...
-
Assalamualaikum wbth... Pernahkah anda semua terfikir mengenai natijah bermain permainan di facebook? Apakah muslihat mereka untuk memesongk...
-
Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong be...
-
3 tanda...(mukmin,alim,takwa,jujur, dan ahli ibadah) Bagi orang mukmin ada 3 tanda-tandanya 1. Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia ...
-
بِسْمِ اللهِ الرََّحْمَنِ الرَّحِيْمِ Amalan-amalan sunah pada bulan Ramadhan Selain puasa yang Allah wajibkan pada bulan Ramadhan ada berba...
Translate To Understand...^_^
Isnin, 29 November 2010
:: BILAKAH KAMU AKAN BERTAUBAT?
Bahan ini adalah inspirasi daripada kitab Syarah al-Hikam Oleh guru kami Dr Zulkifli bin Muhammad al-Bakri dan sahabat kami Us Gunawan HafizahumalLah penulis kitab Masjid.Kedua-dua kitab ini diterbitkan oleh Telaga Biru sdn Bhd.
Maksudnya :
Wahai orang-orang yang beriman! bertaubatlah kamu kepada Allah dengan " taubat Nasuha", Mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! sempurnakanlah bagi Kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu". Surah at-Tahrim ayat 8.
Hayatilah ayat ini, ia adalah perintah daripada al-Haqq. Dia memerintahkan diri kita semua agar kembali kepadanya dengan meninggalkan segala kemaksiatan yang kecil mahupun yang besar. Secara hakikatnya ialah, seolah-olah Dia al-Haqq mengilhamkan dalam sanubari hatimu dengan berkata,
“Wahai hambaku, tinggalkanlah pakaian burukmu itu (perbuatan dosa dan maksiat), dan kembalikah mengikat hubunganmu denganKu dengan melaksanakan ketaatan. Tinggalkanlah jalan yang jauh itu dan kemarilah dekat kepadaKu”.
Para ULAMA tazkiyyatunnufus telah menyatakan bahawa, taubat itu perlulah mestilah di dasari dengan ilmu pengetahuan dan keazaman serta usaha agar maksiat ditinggalkan serta mestilah istiqamah untuk menuju kepada ketaatan melibatkan perilaku atau perbuatan.Perkara ini semuanya berkaitan dengan amalan ataupun routine hariannya. Amalan ini adalah menunjukkan kepada keimanan seseorang hamba.
Mengapakah taubat itu perlu di dasari kepada keimanan?. Ketahuilah bahawa ilmu pengetahuan merupakan dasar yang mengikat iman kepada Allah swt, sedangkan perilaku atau perbuatan merupakan sesuatu yang muncul daripada ilmu pengetahuan. Manakala amalan lahir daripada renungan, penghayatan dalam hati dan anggota badan serta kebiasaan. Oleh itu wahai para sahabat yang mencari jalan menuju kepadaNya, hendaklah dirimu mengenal ilmu pengetahuan tentang hal ini. Hendaklah dirimu mengatahui bahawa, perkara maksiat, derhaka dan lalai dalam laranganNya adalah punca terbesar wujudnya dosa-dosa. Dosa-dosa pula berkaitan dengan perbuatan-perbuatan jahat yang berasal dari pujuk rayu syaitan, dan hawa nafsu yg tidak ditarbiyyah.Yakinlah bahaw kita memiliki Allah yg bersifat dengan sifat alAfuww yang sentiasa memberi kemaafan terhadap hambaNya yang bertaubat kepadaNya. Ini juga disebutkan sebagai Rabbun Ghofurun...
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain.
***Sumber Dari : Blog "Hidup Itu Indah Dengan Islam"
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan