Catatan Popular...^_`

Translate To Understand...^_^

Rabu, 30 Januari 2013

Baca Al-Quran Itu...

PUISI Ustaz Abdul Aziz Ismail Nuh Baca Al-Quran tu.. Baca...ALLAHUAKBAR... Manusia macam kita Memang pandai bercakap Menyalahkan orang lain Mengutuk orang lain Perlekeh orang lain Merendahkan orang lain Orang macam kita Di mana-mana pun ada Bila jari telunjuk tunjuk pada orang lain Empat jari lain tunjuk pada diri sendiri Tengok pada diri sendiri dahulu Jangan... Asyik mengata orang, Al-Quran kamu tak baca Asyik menyalahkan orang, Al-Quran kamu tak baca Asyik mengutuk orang, Al-Quran kamu tak baca Asyik perlekehkan orang, Al-Quran kamu tak baca Asyik merendahkan orang, Al-Quran kamu tak baca Asyik berceramah sana sini,! Al-Quran kamu tak baca Asyik berkuliah sana sini, Al-Quran kamu tak baca Asyik berdakwah sana sini, Al-Quran kamu tak baca Asyik bersajak berpuisi, Al-Quran kamu tak baca Asyik bercerpen bernovel, Al-Quran kamu tak baca Asyik berforum di internet, Al-Quran kamu tak baca Asyik berchit-chat di IRC, Al-Quran kamu tak baca Asyik bergebang di telefon, Al-Quran kamu tak baca Asyik mendongak televisyen, Al-Quran kamu tak baca Asyik mengadap komputer, Al-Quran kamu tak baca Asyik baca buku ilmiah, Al-Quran kamu tak baca Asyik baca majalah tabloid, Al-Quran kamu tak baca Asyik bersembang politik, Al-Quran kamu tak baca Asyik mengulit isteri, Al-Quran kamu tak baca Asyik berkepit dengan suami, Al-Quran kamu tak baca Asyik mengasuh anak, Al-Quran kamu tak baca Asyik ber'e-mel' dengan kawan, Al-Quran kamu tak baca Asyik membelek handphone, Al-Quran kamu tak baca Asyik mengadap vcd ceramah, Al-Quran kamu tak baca ALLAH..ALLAH..indahnya kalamMU.. ALLAHUAKBAR...

Sabtu, 19 Januari 2013

PEWARIS SYURGA FIRDAUS

1. Menjaga & khusyuk di dalam menunaikan solat. 2. Menjauhi perbuatan & perkataan yang sia-sia. 3. Menunaikan Zakat. 4. Menjaga Kemaluannya. 5. Memelihara amanah. 7. Menunaikan janji. 8. Tidak melampaui batas di dalam tindakan. “ya Allah,bagilah daku kekuatan dalam menempuh dugaan Mu..bagilah daku cinta kepada Mu dan cinta kepada orang yang mencintai Mu….Amin…”

Khamis, 17 Januari 2013

10 CARTA DOSA

JOM MUHASABAH DIRI KITA
JASA ANDA DIDUNIA: 1. Meninggalkan Sembahyang. ANUGERAH ANDA DIAKHIRAT: 1. Ular SAQAR sedang menunggu. JASA ANDA DIDUNIA: 2.Melewat-lewatkan sembahyang ANUGERAH ANDA DIAKHIRAT: 2. Neraka Wail sedang menganga. JASA ANDA DIDUNIA: 3. Meringan-ringankan syariat. ANUGERAH ANDA DIAKHIRAT: 3. Mendapat pandangan muka AL-JABBAR. JASA ANDA DIDUNIA: 4. Mengumpat peribadi orang. ANUGERAH ANDA DIAKHIRAT: 4. Gunting neraka sedang diasah. JASA ANDA DIDUNIA: 5. Menyebarkan gosip @ fitnah. ANUGERAH ANDA DIAKHIRAT: 5. Duri-duri menanti and di taman neraka. JASA ANDA DIDUNIA: 6. Tidak menjaga pergaulan. ANUGERAH ANDA DIAKHIRAT: 6. Libasan api neraka dijanjikan. JASA ANDA DIDUNIA: 7. Tidak berakhlak dengan manusia. ANUGERAH ANDA DIAKHIRAT: 7. Kemurkaan ALLAH bersama mu. JASA ANDA DIDUNIA: 8. Menyakiti hati orang dengan LISAN. ANUGERAH ANDA DIAKHIRAT: 8. Masuklah mana-mana pintu neraka. JASA ANDA DIDUNIA: 9. Meringankan amanah ANUGERAH ANDA DIAKHIRAT: 9. Angkatlah seberkas kayu dari neraka. JASA ANDA DIDUNIA: 10. Bersangka buruk. ANUGERAH ANDA DIAKHIRAT: 10. Amalan baik diambil orang.

Jumaat, 25 Mei 2012

Fadhilat Jumaat

A
ALBAZZAR meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w biasa memotong kuku dan menggunting misai sebelum keluar untuk solat Jumaat. Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Siapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat maka akan didoakan oleh malaikat hingga malam. Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Siapa membaca pada pagi Jumaat sebelum solat Subuh, Astagh Firullahalladzi la ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilahi’ tiga kali, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di laut. Dari Abu Hurairah r.a katanya, dia mendengar Nabi s.a.w bersabda: Janganlah kamu berpuasa pada hari Jumaat melainkan bersama satu hari sebelumnya atau sesudahnya.
Pada hari Jumaat dijadikan ada saat mustajab; tiada seorang berdoa bertepatan dengan saat itu melainkan pasti doanya diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan atau memutuskan hubungan keluarga.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Siapa yang berwuduk sahaja untuk menghadiri solat Jumaat adalah sudah baik (memadai), tetapi siapa yang mandi maka adalah terlebih baik. Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Sesungguhnya hari-hari yang utama bagi kamu iaitu hari Jumaat maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku kerana bacaan selawatmu itu langsung disampaikan kepadaku (pada hari Jumaat). ***Semoga kita diberi kekuatan untuk sama-sama merebut fadhilat di hari JUMAAT....insyaAallah...*_* "Hiduplah untuk memberi sebanyak- banyaknya bukan dengan menerima sebanyak- banyaknya." "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...*_* ***Sumber Dari : PERMATA KATA KATA KATA HIKMAH BUAT PEDOMAN HIDUP

Rabu, 8 Februari 2012

IBU BAPA....akan ku balas jasa kalian



10 May adalah Hari Ibu yang disambut di Malaysia. Walaupun Islam hanya ada Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha sahaja yang disambut oleh orang Islam di seluruh dunia, tidak ada hari-hari kebesaran yang lain, namun jika sekiranya perlu mengadakan sambutan hari ibu untuk memberi kesedaran kepada anak-anak yang mungkin makin hari makin melupakan hak-hak seorang ibu yang perlu ditunaikan, maka baik juga kita mengambil kesempatan ini untuk memberi peringatan kepada yang lalai khususnya kepada anak-anak yang melupakan jasa dan pengorbanan ibubapa mereka.

Di antara perkara yang paling penting ialah kita perlu mengetahui apakah hak-hak dua ibubapa? Supaya kita tidak melanggar hak-hak tersebut yang boleh menyebabkan kita boleh dicap sebagai anak derhaka.

Di antara pesan nabi s.a.w supaya anak-anak melakukan kebaikan kepada dua ibubapa ialah;

1- Reda Allah terletak kepada keradaan ibubapa

Sabda nabi s.a.w
“ Reda Allah terletak reda kedua ibubapa dan kemurkaan Allah terletak kepada kemurkaan kedua ibubapa”.

2- Berbuat baik kepada ibubapa mendahului berjihad di jalan Allah s.w.t

Seorang lelaki bertemu dengan nabi s.a.w lalu bertanya, “Bolehkah saya berjihad? Nabi bertanya; “adakah kamu ada ibubapa? Jawab lelaki tersebut; “ya, ada. Maka nabi bersabda berjihadlah kamu dengan menjaga keduanya”. (Riwayat Bukhari)

Ibu diberi sedikit kelebihan oleh Islam untuk lebih diberi perhatian oleh anak-anak.

Imam Bukhari melaporkan dari Abu Hurairah r.a berkata;

“Datang seorang lelaki bertanya Rasulullah s.a.w; “Ya Rasulallah! siapakah yang lebih berhak untuk aku melakukan kebaikan kepadanya? Jawab nabi s.a.w, “ibumu, dia bertanya lagi, “siapa pula selepas itu? Jawab nabi ibumu, bertanya lagi, “siapa pula selepas itu? Jawab nabi ibumu, bertanya lagi, “siapa pula selepas itu? Jawab nabi bapamu.

Ibnu Kathir melaporkan dalam tafsirnya dari Sulaiman Bin Buraidah dari bapanya;

“Seorang lelaki melakukan Tawaf sambil mendukung ibunya, lalu dia bertanya kepada nabi adakah dia telah menunaikan hak ibunya? jawab nabi, “ tidak, tidak walaupun satu kesakitan yang pernah ditanggung oleh ibumu sewaktu mengandungkanmu”.

Sebab Islam melebihkan ibu daripada bapa ialah

1) Ibu mengandung, melahirkan, menyusukan, mengurus keperluan anak dan mendidik anak lebih daripada bapa.

2) Ibu sebagai wanita, diberi perasaan lebih mengasihi dan menyintai anak lebih daripada bapa, sebab itu anak-anak lebih manja dengan ibu berbanding bapa mereka.

Sempena dengan hari ibu ini, di sini saya perturunkan beberapa adab yang perlu diajar kepada anak-anak dan dilakukan oleh mereka untuk menunaikan hak kepada ibu bapa mereka.

1- Taat dan patuh kepada setiap arahan ibubapa kecuali perkara maksiat.

2- Bercakap dengan ibubapa secara lembut dan sopan.

3- Bangun menghormati ibubapa apabila mereka masuk ke rumah.

4- Mencium tangan ibubapa pagi dan petang dan hari-hari tertentu.

5- Menjaga maruah dan harta ibubapa.

6- Memuliakan dan memberi apa yang diminta oleh ibubapa.

7- Bermesyuarat dalam segala urusan dengan ibubapa.

8- Memperbanyakkan doa dan istighfar untuk ibubapa.

9- Membantu ibubapa tanpa disuruh.

10- Tidak mengangkat suara yang tinggi di hadapan mereka.

11- Tidak menyampuk ketika mereka sedang bercakap.

12- Tidak keluar dari rumah jika tidak diizinkan.

13- Tidak mengganggu ibubapa yang sedang tidur.

14- Tidak melebihkan isteri dan anak-anak daripada ibubapa.

15- Tidak menghina ibubapa jika mereka melakukan perkara yang kita tidak suka.

16- Tidak ketawa di hadapan mereka jika tidak ada perkara yang perlu.

17- Tidak mengambil makanan yang ada di hadapan ibubapa kecuali dengan izin.

18- Tidak tidur di hadapan ibubapa sewaktu mereka sedang duduk kecuali dengan izin.

19- Tidak melunjurkan kaki di hadapan ibubapa.

20- Tidak boleh masuk dahulu dan berjalan di hadapan mereka.

21- Segera menjawab apabila dipanggil oleh ibubapa.

22- Menghormati kawan-kawan ibubapa waktu mereka masih hidup atau selepas kematian mereka.

23- Tidak memanggil ibubapa dengan nama mereka.

24- Tidak memanjat atau menaiki tempat yang melintasi kepala mereka.

25- Sering berdoa kepada ibubapa lebih-lebih lagi selepas kematian mereka.

Mudah-mudahan adab-adab ini dapat diberi perhatian oleh ibubapa untuk disampaikan kepada anak-anak, begitu juga anak-anak, harap dapat menjaga adab-adab ini supaya kita tidak digelar sebagai anak yang derhaka.Insyaallah jika pendidikan yang berterusan diberikan kepada anak-anak, kita tidak perlu lagi kepada hari ibu, kerana setiap hari perlu kita melakukan kebaikan kepada ibubapa dan insyaallah tidak ada lagi anak-anak yang akan menghantar ibubapa mereka ke rumah kebajikan masyarakat.

"Hiduplah untuk memberi sebanyak- banyaknya bukan dengan menerima sebanyak- banyaknya."

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...*_*

Rabu, 7 September 2011

Puasa Qada VS Puasa 6 Hari Di Bulan Syawal...*_*


Assalamualaikum semua, hari ni adalah 9 Syawal bersamaan 7hb. Ogos 2011.
Saat ini saya sedang berpuasa Qada (Syukur Alhamdulilah...*_*).
Banyak yg bertanya "Akak puasa 6 kan?"...

Ini ialah cerita saya mengenai puasa 6, jika ada kesilapan maafkan saya...*_*

PADA AWAL TAHUN 90 AN, Saya telah mengenali seorang sahabat Cik Nenden Khuzaimah anak kepada Ustaz Kholil, sahabat saya ini membantu ayahnya mengajar mengaji dan dia juga telah bertemu jodoh dgn seorang Ustaz, ketika syawal, saya seperti biasa menQadakan puasa dan selepas itu akan sambung utk puasa 6.

Sahabat saya ini mengatakan, "kalau sudah ganti puasa pun melebihi 6 hari, insyaallah akan dapat pahala puasa 6 hari dibulan syawal"

Saya bertanya "betul ka? sebab selama ni saya dengar, baca & bla..bla...(berbuih mulut)...hehehe

Sahabat saya mengatakan "hadis menyebut"..“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya puasa enam hari di bulan Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun”"...hadis tu tiada sebut "puasa sunat, Qada, nazar"....

SEHINGGALAH HARI NI SAYA MENGAMALKAN PERKARA INI. Walau pun begitu, kawan saya ini berpesan kalau hendak PAHALA lebih & badan masih sihat, puasa sunat 6 hari dibulan syawal boleh diamalkan.

Satu perkara lagi yg saya hendak sebut disini, ada sesetengah yg suka mendahulukan puasa sunat 6 dari Puasa Qada, dan menyebut syawal cuma sebulan, Qada boleh ganti bila-bila masa sebelum ramadhan yg seterusnya. Para sahabat, jika ajal menjemput kita MACAMANA?

Ingat hadis ini:

1. Ini terbukti dari hadis Kudsi yang sahih bahawasanya: “…dan tidaklah hampir kepadaku seorang hamba-Ku dengan apa jua pun, maka yang lebih Ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardu (wajib) ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri kepada-Ku dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya…” (Riwayat Al-Bukhari)

2. Ibn Abbas r.a berkata:
"Seorang lelaki telah datang menemui Rasulullah s.a.w sambil berkata: Wahai Rasulullah! Ibuku telah meninggal dan dia masih mempunyai puasa qada’ yang belum sempat dihabiskan. Bolehkah aku mengqada’nya? Jawab baginda: Sekiranya ibumu mempunyai hutang, sanggupkah engkau menggantikannya? Jawab lelaki itu:
Ya. Sabda Rasululah s.a.w: Oleh itu, hutang ALLAH lebih berhak digantikan."

HARUS DIINGAT
, walaupun waktu bagi puasa Qada adalah panjang, kita tetap tidak pasti adakah kita mampu sampai ke tarikh itu jika ajal yang tiba-tiba menjengah.

Seseorang yang mati sebelum menggantikan puasa Ramadan tetapi sudah berpuasa sunat Syawal akan pasti dikira masih berhutang dengan Allah SWT.

Bagaimanapun seseorang yang mati setelah berjaya menggantikan puasanya tetapi tidak sempat berpuasa sunat Syawal, pastinya tiada sebarang masalah pun, malah mungkin ia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat Syawal itu sekali gus berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “… barang siapa yang mempunyai keinginan untuk melakukan kebaikan tetapi tidak melakukannya, telah dituliskan Allah SWT baginya pahala penuh, maka jika ia kemudian mempunyai keinginan untuk melakukannya, dituliskan 10 pahala sehingga 700 kali ganda. (Riwayat Al-Bukhari)

Kita harus memahami bahawa darjat puasa Qada adalah lebih tinggi dan tanggungjawab bagi menunaikannya adalah jauh lebih besar daripada sunat Syawal.

Ini kerana puasa qada adalah puasa wajib dan adalah ‘hutang’ ibadat dengan Allah SWT berbanding puasa Syawal yang hanyalah sebagai tambahan pahala.
Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.

PESANAN TERAKHIR SAHABAT SAYA "KETIKA MENGQADAKAN PUASA JANGAN PULA KITA HENDAK BERBUKA KERANA AJAKAN KERUMAH TERBUKA @ ALASAN YANG REMEH TEMEH KERANA JIKA SEDANG MELAKUKAN QADA PUASA, MESTILAH DILAKUKAN PENUH SEHARI KECUALI SAKIT, JIKA TIDAK, SAMALAH SEPERTI KETIKA BERPUASA DIBULAN RAMADHAN & BERBUKA SESUKA HATI, ITU BERDOSA, BERBEZA DENGAN PUASA SUNAT. Orang yang dalam mengerjakan puasa sunat atau lain-lain perkara yang sunat seperti sembahyang kecuali haji dan umrah adalah harus baginya memutuskan (tidak wajib menyempurnakan) puasanya itu berdasarkan sabda Rasulullah Shallalahu ‘alaihi wasallam: Maksudnya: "Orang yang dalam berpuasa sunat itu adalah raja bagi dirinya, jika dia mahu dia berpuasa dan jika dia mahu dia berbuka." (Hadits riwayat Imam Ahmad) Akan tetapi adalah dihukumkan makruh jika dia memutuskan puasa sunatnya itu tanpa ada sesuatu keuzuran bagi keluar daripada perselisihan pendapat yang mengatakan wajib disempurnakan apabila seorang itu telah masuk mengerjakan puasa sunat berdasarkan zahir firman Allah di dalam surah Muhammad ayat 33: Tafsirnya: "Dan janganlah kamu batalkan amalan-amalan kamu." Jika dia keluar dari puasanya itu dengan sebab ada sesuatu keuzuran seperti menolong tetamu yang merasa keberatan untuk dijamu makan secara bersendirian maka tidaklah dihukumkan makruh bahkan disunatkan baginya berbuka. "Hiduplah untuk memberi sebanyak- banyaknya bukan dengan menerima sebanyak- banyaknya."

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...*_*