Catatan Popular...^_`

Translate To Understand...^_^

Rabu, 7 September 2011

Puasa Qada VS Puasa 6 Hari Di Bulan Syawal...*_*


Assalamualaikum semua, hari ni adalah 9 Syawal bersamaan 7hb. Ogos 2011.
Saat ini saya sedang berpuasa Qada (Syukur Alhamdulilah...*_*).
Banyak yg bertanya "Akak puasa 6 kan?"...

Ini ialah cerita saya mengenai puasa 6, jika ada kesilapan maafkan saya...*_*

PADA AWAL TAHUN 90 AN, Saya telah mengenali seorang sahabat Cik Nenden Khuzaimah anak kepada Ustaz Kholil, sahabat saya ini membantu ayahnya mengajar mengaji dan dia juga telah bertemu jodoh dgn seorang Ustaz, ketika syawal, saya seperti biasa menQadakan puasa dan selepas itu akan sambung utk puasa 6.

Sahabat saya ini mengatakan, "kalau sudah ganti puasa pun melebihi 6 hari, insyaallah akan dapat pahala puasa 6 hari dibulan syawal"

Saya bertanya "betul ka? sebab selama ni saya dengar, baca & bla..bla...(berbuih mulut)...hehehe

Sahabat saya mengatakan "hadis menyebut"..“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya puasa enam hari di bulan Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun”"...hadis tu tiada sebut "puasa sunat, Qada, nazar"....

SEHINGGALAH HARI NI SAYA MENGAMALKAN PERKARA INI. Walau pun begitu, kawan saya ini berpesan kalau hendak PAHALA lebih & badan masih sihat, puasa sunat 6 hari dibulan syawal boleh diamalkan.

Satu perkara lagi yg saya hendak sebut disini, ada sesetengah yg suka mendahulukan puasa sunat 6 dari Puasa Qada, dan menyebut syawal cuma sebulan, Qada boleh ganti bila-bila masa sebelum ramadhan yg seterusnya. Para sahabat, jika ajal menjemput kita MACAMANA?

Ingat hadis ini:

1. Ini terbukti dari hadis Kudsi yang sahih bahawasanya: “…dan tidaklah hampir kepadaku seorang hamba-Ku dengan apa jua pun, maka yang lebih Ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardu (wajib) ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri kepada-Ku dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya…” (Riwayat Al-Bukhari)

2. Ibn Abbas r.a berkata:
"Seorang lelaki telah datang menemui Rasulullah s.a.w sambil berkata: Wahai Rasulullah! Ibuku telah meninggal dan dia masih mempunyai puasa qada’ yang belum sempat dihabiskan. Bolehkah aku mengqada’nya? Jawab baginda: Sekiranya ibumu mempunyai hutang, sanggupkah engkau menggantikannya? Jawab lelaki itu:
Ya. Sabda Rasululah s.a.w: Oleh itu, hutang ALLAH lebih berhak digantikan."

HARUS DIINGAT
, walaupun waktu bagi puasa Qada adalah panjang, kita tetap tidak pasti adakah kita mampu sampai ke tarikh itu jika ajal yang tiba-tiba menjengah.

Seseorang yang mati sebelum menggantikan puasa Ramadan tetapi sudah berpuasa sunat Syawal akan pasti dikira masih berhutang dengan Allah SWT.

Bagaimanapun seseorang yang mati setelah berjaya menggantikan puasanya tetapi tidak sempat berpuasa sunat Syawal, pastinya tiada sebarang masalah pun, malah mungkin ia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat Syawal itu sekali gus berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “… barang siapa yang mempunyai keinginan untuk melakukan kebaikan tetapi tidak melakukannya, telah dituliskan Allah SWT baginya pahala penuh, maka jika ia kemudian mempunyai keinginan untuk melakukannya, dituliskan 10 pahala sehingga 700 kali ganda. (Riwayat Al-Bukhari)

Kita harus memahami bahawa darjat puasa Qada adalah lebih tinggi dan tanggungjawab bagi menunaikannya adalah jauh lebih besar daripada sunat Syawal.

Ini kerana puasa qada adalah puasa wajib dan adalah ‘hutang’ ibadat dengan Allah SWT berbanding puasa Syawal yang hanyalah sebagai tambahan pahala.
Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.

PESANAN TERAKHIR SAHABAT SAYA "KETIKA MENGQADAKAN PUASA JANGAN PULA KITA HENDAK BERBUKA KERANA AJAKAN KERUMAH TERBUKA @ ALASAN YANG REMEH TEMEH KERANA JIKA SEDANG MELAKUKAN QADA PUASA, MESTILAH DILAKUKAN PENUH SEHARI KECUALI SAKIT, JIKA TIDAK, SAMALAH SEPERTI KETIKA BERPUASA DIBULAN RAMADHAN & BERBUKA SESUKA HATI, ITU BERDOSA, BERBEZA DENGAN PUASA SUNAT. Orang yang dalam mengerjakan puasa sunat atau lain-lain perkara yang sunat seperti sembahyang kecuali haji dan umrah adalah harus baginya memutuskan (tidak wajib menyempurnakan) puasanya itu berdasarkan sabda Rasulullah Shallalahu ‘alaihi wasallam: Maksudnya: "Orang yang dalam berpuasa sunat itu adalah raja bagi dirinya, jika dia mahu dia berpuasa dan jika dia mahu dia berbuka." (Hadits riwayat Imam Ahmad) Akan tetapi adalah dihukumkan makruh jika dia memutuskan puasa sunatnya itu tanpa ada sesuatu keuzuran bagi keluar daripada perselisihan pendapat yang mengatakan wajib disempurnakan apabila seorang itu telah masuk mengerjakan puasa sunat berdasarkan zahir firman Allah di dalam surah Muhammad ayat 33: Tafsirnya: "Dan janganlah kamu batalkan amalan-amalan kamu." Jika dia keluar dari puasanya itu dengan sebab ada sesuatu keuzuran seperti menolong tetamu yang merasa keberatan untuk dijamu makan secara bersendirian maka tidaklah dihukumkan makruh bahkan disunatkan baginya berbuka. "Hiduplah untuk memberi sebanyak- banyaknya bukan dengan menerima sebanyak- banyaknya."

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...*_*